Apakah kelebihan syarikat jenis Sdn. Bhd. untuk perniagaan anda? Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa jenis syarikat di Malaysia yang boleh didaftarkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan anda di Malaysia, seperti Enterprise, PLT dan Sdn. Bhd. yang mana kesemua entiti ini adalah dibawah kawalselia kerajaan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD
Kos membuka syarikat jenis Enterprise adalah sekitar RM60 dan kos membuka syarikat PLT sekitar RM600, manakala kos membuka syarikat Sdn. Bhd. rata-rata berharga sekitar RM2500 keatas, namun kenapa ramai orang memilih untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka melalui syarikat Sdn. Bhd., walaupun jelas kos membuka dan kos maintenance Sdn. Bhd. lebih tinggi dari syarikat jenis Enterprise dan PLT?
1. Liabiliti Terhad
Syarikat jenis Sdn. Bhd. ini adalah berdasarkan kepada modal saham dan pemilik saham hanya perlu menanggung risiko kerugian terhad kepada jumlah saham mereka sahaja. Dengan erti kata lain, sekiranya perniagaan Syarikat Sdn. Bhd. kerugian, individu pemilik saham dan harta mereka masih selamat.
2. Saham boleh Dipindahmilik – Dijual atau Diwarisi
Saham didalam syarikat Sdn. Bhd. boleh dipindahmilik dengan pantas, oleh itu mudah untuk dijual kepada individu lain jika pemilik asal sudah hendak bersara atau diwarisi oleh waris sekiranya pemilik asal meninggal dunia. Ini menjamin kesinambungan perniagaan dan menambah kekuatan imej perniagaan.
3. Banyak Insentif Cukai
Syarikat Sdn. Bhd. menyediakan banyak insentif cukai dan struktur cukai yang lebih fleksibel. Kadar cukai pun lebih murah dari syarikat Enterprise ataupun cukai persendirian, kan best tu!
4. Klien Menetapkan Syarat Masuk Tender/RFP Terbuka kepada Syarikat Sdn. Bhd. sahaja
Terdapat banyak klien pada masakini yang meletakkan syarat menetapkan hanya syarikat berstatus Sdn. Bhd. sahaja yang boleh menyertai proses tender atau RFP yang dikeluarkan oleh mereka. Lebih ketat lagi, ada klien yang mahu laporan audited account 3 tahun sebelum ini untuk turut disertakan dengan submission tender atau RFP mereka. Ini selalu terjadi jika nilai tender/RFP melebihi RM100 ribu keatas.
5. Akses yang Luas Kepada Dana Pinjaman/ Pelaburan
Sebuah syarikat Sdn. Bhd. akan perlu melakukan proses Audit selepas selesai tahun perniagaannya, dan selepas selesai proses Audit, satu laporan Audit akan dikemukakan oleh syarikat auditor yang dilantik. Laporan audit ini adalah sangat penting kerana agensi kewangan seperti bank dan pelabur persendirian melihat laporan audit ini sebagai satu penanda aras kemajuan dan kesihatan syarikat. Laporan audit yang baik akan memberikan akses kewangan yang luas kepada syarikat Sdn. Bhd., maka mudahlah nak kembangkan lagi syarikat dengan dana pinjaman bank atau dana pelaburan pelabur persendirian.
Kesimpulannya, jika anda sedang merancang untuk memulakan satu aktiviti perniagaan ataupun telah mempunyai syarikat Enterprise atau PLT dan bercita-cita untuk mengembangkannya ke tahap yang lebih tinggi, syarikat Sdn. Bhd. adalah pilihan yang terbaik untuk perniagaan anda.
Artikel Sdn Bhd yg berkaitan:
Cara Upgrade Sendiri Sdn Bhd >>> Cara Upgrade Sdn Bhd
Tukar Ke Sdn Bhd>>> Daftar Sdn Bhd Online
Perbezaan Enterprise vs Sdn bhd >>> Enterprise vs Sdn Bhd
Kelebihan Syarikat Sdn Bhd >>> Kelebihan Syarikat Sdn bhd
Pengalaman Upgrade ke Sdn bhd >>> Pengalaman Upgrade Ke Sdn Bhd
FAQ (Soalan Lazim) DAFTAR SYARIKAT SDN BHD
- Apakah syarat minimum untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd?
- Anda hanya memerlukan minimum 1 orang pengarah dan 1 orang pemegang saham (pengarah dan pemegang saham boleh merupakan individu yang sama).
- Apakah syarat untuk menjadi Pengarah Syarikat?
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Bermastautin di Malaysia.
- Bukan seorang muflis dan tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah komersial
- Berapakah yuran rasmi SSM untuk pendaftaran?
- Yuran pemfailan rasmi kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah RM1,000.
- Berapakah anggaran kos keseluruhan jika menggunakan ejen/Setiausaha Syarikat?
- Kebiasaannya antara RM1,500 hingga RM3,500. Kos ini berbeza mengikut pakej agensi yang merangkumi yuran SSM, upah profesional, dan deposit perkhidmatan setiausaha syarikat.
- Berapakah modal minimum yang diperlukan untuk bermula?
- Modal berbayar (paid-up capital) minimum adalah RM1 sahaja.
- Apakah dokumen yang perlu disediakan?
- Salinan Kad Pengenalan (IC) atau Pasport bagi semua pengarah dan pemegang saham.
- 3 cadangan nama syarikat untuk semakan kelulusan.
- Alamat kediaman, e-mel, dan nombor telefon setiap ahli.
- Berapa lamakah proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd mengambil masa?
- Proses kelulusan nama dan pendaftaran rasmi biasanya mengambil masa antara 3 hingga 7 hari bekerja melalui sistem dalam talian MyCoID.
- Adakah wajib untuk melantik Setiausaha Syarikat (Company Secretary)?
- Ya, wajib. Di bawah Akta Syarikat 2016, syarikat Sdn Bhd mesti melantik sekurang-kurangnya seorang Setiausaha Syarikat bertauliah dalam tempoh 30 hari selepas syarikat berjaya didaftarkan.
- Bolehkah saya mendaftarkan Sdn Bhd secara dalam talian?
- Ya, pendaftaran boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal SSM MyCoID atau melalui platform digital Setiausaha Syarikat berlesen

