CARA DAFTAR SDN BHD SENDIRI

Jika anda ingin menggunakan sdn bhd untuk berniaga, artikel ini akan menerangkan cara daftar sdn bhd sendiri. Tahukah anda ianya merupakan satu perkara yang wajib untuk anda mendaftarkan perniagaan anda terlebih dahulu jika anda bercadang untuk menceburi bidang perniagaan atau  sebarang urus niaga. Anda boleh memilih untuk menggunakan entiti perniagaan enterprise atau sdn bhd.

Firma Setiausaha Syarikat kami akan membantu anda untuk melakukan serah simpan pendaftaran syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Anda boleh daftar sdn bhd sendiri dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Setiausaha Syarikat akan melakukan semakan dan serahan terakhir selepas semua dokumen anda telah sediakan. Setiausaha syarikat mestilah mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membolehkan beliau melakukan proses serahan pendaftaran syarikat anda.

9 CARA DAFTAR SDN BHD SENDIRI

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk anda mendaftar syarikat mengikut Akta Syarikat 2016.

  1. Cari sekurang-kurangnya 3 nama pilihan untuk dipohon sebagai nama syarikat di SSM. Carian nama syarikat sdn bhd perlu dilakukan pada peringkat awal.
  2. Pilih 3 aktiviti utama perniagaan yang bakal syarikat jalankan.
  3. Tentukan jumlah modal saham akan dilaburkan kedalam akaun syarikat bagi tujuan memulakan perniagaan
  4. Dapatkan cawangan bank serta alamat bank dimana akaun syarikat akan dibuka.
  5. Sediakan salinan Kad Pengenalan setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham bagi warganegara Malaysia dan salinan pasport bagi warganegara asing
  6. Sediakan alamat email bagi ahlu lembaga Pengarah Syarikat dan Pemegang Saham
  7. Sediakan alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham dan mestilah di Malaysia
  8. Buat pembayaran kepada setiausaha syarikat
  9. Kelulusan dalam 3-5 hari bekerja

Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil setiausaha syarikat selepas menyiapkan dokumen cara daftar sdn bhd sendiri. Pihak setiausaha syarikat akan menyemak bagi tujuan penyediaan dokumen penubuhan syarikat dan akan melakukan serahan terakhir kepada SSM.

Anda tidak perlu risau akan kesilapan kerana segala maklumat yang disediakan anda ketika cara daftar sdn bhd sendiri akan disemak oleh pihak kami. Dengan berkurangnya kesalahan, tempoh kelulusan boleh dipercepatkan dan anda boleh mendapat syarikat sdn bhd idaman anda dengan lebih pantas.

cara daftar sdn bhd sendiri

8 KELEBIHAN DAFTAR SDN BHD

  1. Liabiliti bisnes adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  2. Syarikat lebih terjamin dan berterusan. Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
  3. Kemudahan untuk mendapat modal.
  4. Kemudahan daripada bentuk penukaran hakmilik. Saham syarikat sdn bhd boleh dijual beli.
  5. Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  6. Potensi untuk perkembangan luas disebabkan kredibiliti yang tinggi
  7. Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
  8. Lebih banyak penggunaan cukai yang sah disisi undang-undang [Cukai sdn bhd lebih flexible, kerana pendapatan bercukai syarikat boleh ditukar-tukar dengan gaji pengarah (individu) bagi mendapatkan menjimatkan bayaran cukai keseluruhan]