SYARAT DAFTAR MOF ONLINE YANG PATUT ANDA TAHU

Ramai usahawan ingin mendapatkan tender kerajaan tetapi masih tidak tahu proses untuk register MOF ini dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Artikel ini akan menenerangkan syarat daftar MOF online dan seterusnya anda boleh mendaftar MOF sendiri. . . Pihak kami boleh membantu anda untuk daftar MOF online sekiranya anda mempunyai kekangan masa.

APAKAH SYARAT DAFTAR MOF ONLINE LESEN KEWANGAN

Berikut adalah syarat-syarat Daftar MOF online yang anda perlu patuhi

Syarat Lesen Kewangan MOF 1: Mempunyai pendaftaran SSM

Bagi mendapatkan lesen kewangan MOF anda perlulah terlebih dahulu telah mendaftar sebagai salah satu entiti perniagaan di Malaysia sama ada dalam bentuk enterprise mahupun sdn bhd. Bagi proses pendaftaran enterprise dan sdn bhd anda boleh rujuk di artikel ini: Sdn Bhd / Enterprise

Syarat Lesen Kewangan MOF 2: Mempunyai modal dan baki akaun yang mencukupi

Syarikat enterprise anda perlulah beroperasi di premis perniagaan yang disewa atau dimiliki. Anda tidak digalakkan menggunakan alamat rumah kerana kod bidang alamat rumah adalah terhad.

Syarat Lesen Kewangan MOF 3: Mempunyai premis perniagaan

Bagi enterprise anda perlu menunjukkan salinan penyata akaun semasa bagi bulan terkini yang berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00 Bagi syarikat sdn bhd, anda perlulah mempunyai modal paidup syarikat sekurang-kurangnya RM2,500 ke atas

Syarat Lesen Kewangan MOF 4: Mempunyai pekerja

Pihak MOF mewajibkan kesemua syarikat enterprise mempunyai pekerja sekiranya ingin daftar mof syarikat enterprise. Pemilik syarikat yang tidak boleh dikira sebagai pekerja. 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK DAFTAR MOF ONLINE

Setelah anda selesai dengan pendaftaran dengan SSM anda boleh menyediakan dokumen berikut bagi meneruskan proses daftar MOF online anda. Dokumen yang diperlukan bagi daftar MOF bagi syarikat Sdn Bhd dan Enteprise adalah berbeza seperti berikut:

Dokumen Daftar MOF Enterprise

  1. Borang D/E SSM + Maklumat pemilik & perniagaan yang masih sah tempoh (jenis perniagaan SSM mestilah selari dengan bidang pendaftaran MOF.
  2. Penyata bank bagi akaun semasa syarikat (current account) yang terkini berbaki sekurang-kurangnya RM2,500.00.
  3. Salinan kad pengenalan semua pemilik syarikat.
  4. Salinan kad pengenalan pekerja.
  5. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

Dokumen Daftar MOF Syarikat Sdn Bhd

  1. Borang 9 atau 13.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  2. Borang Pindah Milik Saham (32A) / Section 105 yang telah dimatikan setem (jika berkenaan).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  3. Form of Annual Return (Section 68) terkini bagi syarikat melebihi 1 tahun kewangan (modal berbayar minima RM2,500.00).*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  4. Memorandum And Articles of Association (M&A) / Form Application for Registration of Company (section 14).*Certified True Copy oleh setiausaha
  5. Penyata akaun bank semasa syarikat (bank current account) satu bulan terkini.
  6. Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat.*Certified True Copy oleh setiausaha syarikat.
  7. Salinan kad pengenalan atau passport semua pengarah dan pemilik saham syarikat.
  8. Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP pekerja bagi bulan terkini.
  9. Salinan kad pengenalan pekerja syarikat.
  10. Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil/dokumen hakmilik/surat kebenaran pemilik premis syarikat.

BAGAIMANA UNTUK DAFTAR MOF ONLINE

Anda boleh mendaftar sendiri di web EPEROLEHAN. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin menjimatkan masa dan mengelakkan kesilapan, anda boleh mendapatkan bantuan daftar MOF online dengan kami pada harga promosi.

BERAPA TEMPOH MASA LULUS DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF ONLINE

Bagi pendaftaran biasa, kelulusan daftar MOF syarikat enterprise dapat diperolehi dalam tempoh 10 ke 14 hari bekerja.

BERAPA LAMA TEMPOH SAH LESEN KEWANGAN MOF SYARIKAT ENTERPRISE

Lesen Kewangan MOF Syarikat Enterprise sah dalam tempoh 3 tahun. 3 tahun. Pembaharuan boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tarikh luput.

APAKAH KELEBIHAN DAFTAR LESEN KEWANGAN MOF

Berikut adalah beberapa kelebihan mendaftar lesen kewangan MOF

  1. Anda boleh berurusan dengan kerajaan Malaysia. Semestinya jumlah jualan dan kuantiti yang lebih besar untuk anda penuhi
  2. Anda akan mendapat lebih kredibiliti dan lebih dipercayai kerana telah berdaftar dengan kementerian kewangan Malaysia
  3. Anda boleh mendapatkan status bumiputera. Hal ini akan memberikan kelebihan berbanding pesaing anda.

daftar mof online

Anda boleh mendaftar sdn bhd untuk daftar lesen kewangan MOF pertama anda secara online. Klik link dibawah untuk maklumat lanjut:

DAFTAR SDN BHD