AKAUN PERNIAGAAN

Nak buat bisnes memang senang. Tapi bagaimana nak uruskan bisnes atau perniagaan terutamanya dari segi kewangan?

Kalau anda nak tahu, kebanyakan orang yang memulakan perniagaan gagal bertahan dalam tempoh tiga tahun pertama kerana kelemahan pengurusan kewangan dan pengurusan akaun.

Setiap perniagaan perlu mempunyai rekod yang baik bagi setiap transaksi perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan syarikat.

Ia penting untuk memastikan sesebuah perniagaan itu memperolehi keuntungan atau mengalami kerugian dalam satu tempoh tertentu. Sekiranya akaun syarikat anda tidak dijaga dengan baik, anda mungkin akan mengalami masalah dengan cukai.

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang akaun kalau nak mulakan perniagaan.

1. Income Statement

Anda sebagai pemilik perniagaan perlu tahu cara untuk merekod perbelanjaan & pendapatan. Anda boleh pilih untuk rekod guna Google Sheet, Quickbooks, Microsoft Excel atau sebarang sistem yang berkaitan. 

Kerja-kerja merekod boleh dilakukan oleh anda sendiri, tetapi kalau anda rasa tidak yakin, anda boleh mengupah orang luar untuk buat recording. Semua recording perlu dibuat secara konsisten tanpa gagal. 

Anda boleh pilih untuk upah akauntan untuk uruskan kewangan syarikat anda daripada A-Z ataupun sekadar untuk akauntan melihat recording yang dah anda buat sebelum ini.

Upah akauntan ini penting kerana kita hanya manusia yang sering melakukan kesalahan. Jadi dengan adanya akauntan, mereka akan lebih teliti tentang masalah-masalah kewangan syarikat. 

Simpan resit original dalam satu file kerana auditor hanya akan lihat resit yang original sahaja ketika audit.

2. Balance Sheet

Balance sheet adalah penyata aset, liabiliti & modal perniagaan anda. Akauntan kebiasaannya menggunakan formula standard untuk buat Balance Sheet (aset = liabiliti + ekuiti pemilik)

Aset adalah apa sahaja yang bernilai milik syarikat anda contohnya cash. Liabiliti adalah hutang syarikat anda seperti kad kredit atau loan bank. Ekuiti pemilik adalah pelaburan pemilik di dalam syarikat contohnya modal perniagaan yang diletakkan oleh pemilik syarikat.

3. Nama bank/kad kredit mesti didaftarkan atas nama syarikat

Anda perlu buat akaun yang berasingan untuk akaun bank & kad kredit. Jangan sesekali masukkan pendapatan ke dalam akaun peribadi anda

Jangan beli stok syarikat dengan menggunakan kad kredit personal. Kalau anda gabungkan akaun syarikat dan akaun personal, sukar untuk anda bezakan. 

Secara tidak langsung anda mungkin akan jadi orang yg bertanggungjawab secara peribadi ke atas hutang atau liabiliti syarikat anda.

Semoga perkongsian kami dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan anda nanti.