Jika anda ingin menggunakan sdn bhd untuk berniaga, artikel ini akan menerangkan cara daftar sdn bhd sendiri. Tahukah anda ianya merupakan satu perkara yang wajib untuk anda mendaftarkan perniagaan anda terlebih dahulu jika anda bercadang untuk menceburi bidang perniagaan atau sebarang urus niaga. Anda boleh memilih untuk menggunakan entiti perniagaan enterprise atau sdn bhd.
Firma Setiausaha Syarikat kami akan membantu anda untuk melakukan serah simpan pendaftaran syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Anda boleh daftar sdn bhd sendiri dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Setiausaha Syarikat akan melakukan semakan dan serahan terakhir selepas semua dokumen anda telah sediakan. Setiausaha syarikat mestilah mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membolehkan beliau melakukan proses serahan pendaftaran syarikat anda.
9 CARA DAFTAR SDN BHD SENDIRI
Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk anda mendaftar syarikat mengikut Akta Syarikat 2016.
- Cari sekurang-kurangnya 3 nama pilihan untuk dipohon sebagai nama syarikat di SSM. Carian nama syarikat sdn bhd perlu dilakukan pada peringkat awal.
- Pilih 3 aktiviti utama perniagaan yang bakal syarikat jalankan.
- Tentukan jumlah modal saham akan dilaburkan kedalam akaun syarikat bagi tujuan memulakan perniagaan
- Dapatkan cawangan bank serta alamat bank dimana akaun syarikat akan dibuka.
- Sediakan salinan Kad Pengenalan setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat serta Pemegang Saham bagi warganegara Malaysia dan salinan pasport bagi warganegara asing
- Sediakan alamat email bagi ahlu lembaga Pengarah Syarikat dan Pemegang Saham
- Sediakan alamat kediaman terkini pengarah dan pemegang saham dan mestilah di Malaysia
- Buat pembayaran kepada setiausaha syarikat
- Kelulusan dalam 3-5 hari bekerja
Pihak pengarah dan pemegang saham digalakkan membuat perjumpaan dengan setiausaha syarikat atau wakil setiausaha syarikat selepas menyiapkan dokumen cara daftar sdn bhd sendiri. Pihak setiausaha syarikat akan menyemak bagi tujuan penyediaan dokumen penubuhan syarikat dan akan melakukan serahan terakhir kepada SSM.
Anda tidak perlu risau akan kesilapan kerana segala maklumat yang disediakan anda ketika cara daftar sdn bhd sendiri akan disemak oleh pihak kami. Dengan berkurangnya kesalahan, tempoh kelulusan boleh dipercepatkan dan anda boleh mendapat syarikat sdn bhd idaman anda dengan lebih pantas.

8 KELEBIHAN DAFTAR SDN BHD
- Liabiliti bisnes adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
- Syarikat lebih terjamin dan berterusan. Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
- Kemudahan untuk mendapat modal.
- Kemudahan daripada bentuk penukaran hakmilik. Saham syarikat sdn bhd boleh dijual beli.
- Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
- Potensi untuk perkembangan luas disebabkan kredibiliti yang tinggi
- Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
- Lebih banyak penggunaan cukai yang sah disisi undang-undang [Cukai sdn bhd lebih flexible, kerana pendapatan bercukai syarikat boleh ditukar-tukar dengan gaji pengarah (individu) bagi mendapatkan menjimatkan bayaran cukai keseluruhan]
Artikel Sdn Bhd yg berkaitan:
Cara Upgrade Sendiri Sdn Bhd >>> Cara Upgrade Sdn Bhd
Tukar Ke Sdn Bhd>>> Daftar Sdn Bhd Online
Perbezaan Enterprise vs Sdn bhd >>> Enterprise vs Sdn Bhd
Kelebihan Syarikat Sdn Bhd >>> Kelebihan Syarikat Sdn bhd
Pengalaman Upgrade ke Sdn bhd >>> Pengalaman Upgrade Ke Sdn Bhd
FAQ (Soalan Lazim) PENDAFTARAN SYARIKAT SDN BHD
- Apakah syarat minimum untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd?
- Anda hanya memerlukan minimum 1 orang pengarah dan 1 orang pemegang saham (pengarah dan pemegang saham boleh merupakan individu yang sama).
- Apakah syarat untuk menjadi Pengarah Syarikat?
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Bermastautin di Malaysia.
- Bukan seorang muflis dan tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah komersial
- Berapakah yuran rasmi SSM untuk pendaftaran?
- Yuran pemfailan rasmi kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah RM1,000.
- Berapakah anggaran kos keseluruhan jika menggunakan ejen/Setiausaha Syarikat?
- Kebiasaannya antara RM1,500 hingga RM3,500. Kos ini berbeza mengikut pakej agensi yang merangkumi yuran SSM, upah profesional, dan deposit perkhidmatan setiausaha syarikat.
- Berapakah modal minimum yang diperlukan untuk bermula?
- Modal berbayar (paid-up capital) minimum adalah RM1 sahaja.
- Apakah dokumen yang perlu disediakan?
- Salinan Kad Pengenalan (IC) atau Pasport bagi semua pengarah dan pemegang saham.
- 3 cadangan nama syarikat untuk semakan kelulusan.
- Alamat kediaman, e-mel, dan nombor telefon setiap ahli.
- Berapa lamakah proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd mengambil masa?
- Proses kelulusan nama dan pendaftaran rasmi biasanya mengambil masa antara 3 hingga 7 hari bekerja melalui sistem dalam talian MyCoID.
- Adakah wajib untuk melantik Setiausaha Syarikat (Company Secretary)?
- Ya, wajib. Di bawah Akta Syarikat 2016, syarikat Sdn Bhd mesti melantik sekurang-kurangnya seorang Setiausaha Syarikat bertauliah dalam tempoh 30 hari selepas syarikat berjaya didaftarkan.
- Bolehkah saya mendaftarkan Sdn Bhd secara dalam talian?
- Ya, pendaftaran boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal SSM MyCoID atau melalui platform digital Setiausaha Syarikat berlesen
