CARA DAFTAR PERTUBUHAN ROS

Cara daftar pertubuhan ROS tidaklah sesukar yang disangka. Seperti yang diketahui, Penubuhan Persatuan ROS dikawalselia oleh Registrar of Society Malaysia (ROS). Syarat daftar pertubuhan ROS boleh didapati dari website ROS. Artikel akan memudahkan anda untuk mengetahui syarat daftar pertubuhan NGO berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ROS. Berikut adalah 5 syarat daftar persatuan NGO.

SYARAT DAFTAR PERTUBUHAN ROS 1: LANTIK SETIAUSAHA

Untuk mulakan pendaftaran persatuan, anda mestilah mempunyai anggota dan melakukan mesyuarat di antara anggota persatuan ROS yang nak ditubuhkan. Bilangan minimum anggota persatuan ROS mestilah sekurang-kurangnya adalah 7 orang. 7 orang anggota persatuan ROS ini merangkumi pengerusi, S/U, bendahari dan AJK. Mesyuarat yang pertama ini dinamakan sebagai Mesyuarat Penubuhan. Dan jangan lupa catat minit mesyuarat ya. Nak bincang apa dalam mesyuarat ini?

  1. Bersetuju menubuhkan persatuan,
  2. Meluluskan nama persatuan yang akan didaftar,
  3. Menetapkan tempat urusan atau alamat yang akan didaftarkan,
  4. Melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan untuk uruskan pertubuhan (antara jawatan penting adalah setiausaha).
  5. Meluluskan undang-undang (atau perlembagaan) persatuan yang nak didaftarkan.
  6. Catat minit mesyuarat.

Bacaan Lanjut: Cara Semak Pendaftaran Pertubuhan

SYARAT DAFTAR PERTUBUHAN ROS 2: PILIH NAMA & ALAMAT PERTUBUHAN NGO ANDA

Antara tugas yang penting adalah memilih nama persatuan ROS yang bertepatan dengan garis panduan ROS. Ini merupakan antara tugas awal setiausaha. Setiausaha yang dilantik perlu melakukan semakan dalam sistem e-ROS. Nama mesti dalam Bahasa Melayu, kemudian diikuti oleh Bahasa Inggeris jika ada, dan mesti dalam kurungan. Contohnya, Pertubuhan Bulan Penuh (Full Moon Organisation). 

Alamat pejabat pula akan menentukan ROS negeri mana yang akan proses permohonan anda. Cuma pada bahagian ini juga, ada dua item yang mesti diberikan perhatian khususnya oleh S/U. Iaitu :

  1. Negeri Persatuan : Ianya akan merujuk kepada negeri di mana alamat pejabat atau tempat urusan NGO anda. 
  2. Taraf Persatuan : Ianya menentukan komposisi AJK. Kalau taraf pertubuhan/NGO adalah negeri, maksudnya semua AJK mestilah datang dari negeri yang sama dengan negeri pertubuhan/NGO. Contoh kalau negeri NGO adalah Selangor, maksudnya semua AJK mestilah mempunyai kad pengenalan Selangor. Kalau taraf NGO adalah kebangsaan, setiap 7 orang AJK mesti datang dari 7 negeri berbeza.

Bacaan lanjut: Rancangan Perniagaan

SYARAT DAFTAR PERTUBUHAN ROS 3: PILIH FORMAT PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN NGO ANDA

Perlembagaan persatuan ROS adalah elemen paling penting didalam sesebuah pertubuhan ROS. Perlembagaan menentukan susun atur perjalanan sebuah ROS. Perlembagaan juga menetapkan matlamat, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh sesebuah persatuan ROS.

Oleh itu, ROS telah memberikan 2 pilihan format perlembagaan persatuan ROS. Boleh pilih sama ada nak ikut format ROS ataupun format sendiri. Paling senang ikut sahaja format yang diberikan. Ianya boleh didapati secara secara percuma dalam laman web mereka. Kalau anda rasa format perlembagaan persatuan ROS yang diberikan oleh ROS tidak bersesuaian atau tidak menepati cita rasa persatuan NGO ada, anda boleh mencipta format persatuan ROS anda sendiri. Tetapi anda perlu ingat, cara ini lebih sukar dan panjang. ROS mungkin juga menolak perlembagaan pertubuhan ROS anda kerana tidak menepati kriteria perlembagaan persatuan ROS yang dikehendaki oleh ROS. Jadi, pilihlah format perlembagaan ROS yang bersesuaian dengan anda.

SYARAT DAFTAR PERTUBUHAN ROS 4: PILIH LENCANA PERTUBUHAN NGO ANDA

Anda telah pun tiba ke bahagian yang lebih mudah dan menarik iaitu lencana/logo persatuan ROS anda. Lencana/Logo ini penting kerana ia akan mewujudkan identiti persatuan ROS anda. Kami cadangkan untuk buat yang simple, tetapi bold. Maksudnya, bila orang tengok dah tahu apa tujuan persatuan ROS anda. Hal ini penting kerana nanti setiap warna, bentuk atau seumpamanya mestilah diberikan penjelasan atau perincian. Pastikan format lencana/logo anda ini didalam format yang dikehendaki kerana ia perlu diupload ke dalam e-ROS oleh Setiausaha.

Bacaan lanjut: Kelebihan Daftar Pertubuhan NGO

SYARAT DAFTAR PERTUBUHAN ROS 5: SUBMIT INFO PERTUBUHAN NGO ONLINE MELALUI e-ROS

Ini adalah langkah terakhir dalam mendaftar persatuan NGO. Ketika anda sampai ke langkah ini, maksudnya kesemua maklumat yang diperlukan untuk mendaftar telah pun disiapkan. Untuk langkah terakhir ini, setiausaha persatuan NGO akan mengisi semua maklumat kedalam sistem online pendaftaran persatuan ROS iaitu e-ROS>>> https://www.eroses.gov.my/ros.php

Melalui e-ROS, setiausaha perlu key-in dalam sistem segala butiran yang diperlukan termasuk logo, bendera dan segala maklumat yang diperlukan. Pastikan anda semakan dua tiga kali bagi memastikan tiada sebarang kesilapan dibuat sebelum tekan butang HANTAR . 

FEE PENDAFTARAN PERTUBUHAN NGO

Selepas submission online melaui e-ROS, setiausaha mesti buat pembayaran untuk proses permohonan sebanyak RM30.

TEMPOH MASA PENDAFTARAN PERTUBUHAN NGO

Tempoh masa kelulusan adalah diantara 5-10 hari bekerja

Anda ingin menjalankan bisnes, mungkin sdn bhd lebih sesuai untuk anda. Lawati artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai promosi daftar sdn bhd >>>> DAFTAR SDN BHD

syarat daftar pertubuhan ros