Perniagaan enterprise & sdn bhd perlu didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dan perlu juga mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi proses pembayaran cukai.
Kali ini saya nak kongsikan cara untuk mendaftar dengan LHDN. Penting untuk anda mendaftar dengan LHDN kerana sekiranya anda tidak mendaftar dan tidak membayar cukai, Jika tertangkap anda boleh didenda sehingga 300% ke atas jumlah cukai yang dikenakan.
—
Proses pendaftaran enterprise di LHDN taklah rumit, mudah saja sebenarnya. Apa yang perlu anda lakukan untuk mendaftar ialah:
1. Sediakan dokumen – kad pengenalan dan juga sijil pendaftaran perniagaan SSM. Sijil ini diperolehi sebaik saja anda mendaftar dengan SSM
2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui eDaftar. Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat
3. Setelah pendaftaran selesai, anda akan dapat nombor rujukan fail cukai dari LHDN
4. Seterusnya anda sudah boleh membuat e-filing. Tapi sebelum itu, anda kena dapatkan no pin untuk e-filing.
No pin ini boleh didapati melalui telefon, surat, atau lebih senang anda boleh terus pergi ke kaunter LHDN yang berhampiran dengan anda.
Mudah bukan?
Ramai yang salah faham tentang cukai ni. Mereka fikir asal berdaftar dengan LHDN saja wajib bayar cukai. Tanggapan ini ternyata salah, sebab tak semestinya anda mendaftar LHDN anda perlu membayar cukai.
Mungkin anda takkan dikenakan cukai langsung bila dah tolak segala pelepasan yang diberi oleh LHDN. Terdapat banyak pelepasan yang diberi dimana anda boleh menggunakan pelepasan tersebut se maksima mungkin.
Yang penting daftar dan hantar borang cukai untuk melaporkan pendapatan anda.
Untuk lebih lanjut anda boleh rujuk dengan ejen cukai anda tentang pelepasan-pelepasan yang wujud.
—
Semoga bermanfaat.